Posted by: Abu Nuha on: 30 April 2009
Saya amat meyakini, jumlah pendakwah di Sabah terlalu ramai.
Justeru, ia akan dibuat secara bersiri dan berdikit-dikit. Saya akan mulakan dengan orang yang dikenali terlebih dahulu, orang-orang pencen atau sudah melewati umur 60an. Kemudian saya akan turuti dengan yang lebih muda daripada itu.
Ia bukan terhad kepada golongan ustaz sahaja, tetapi juga mungkin cikgu biasa atau orang awam yang memberi komitmen terhadap urusan dakwah ini.
Posted by: Abu Nuha on: 29 April 2009
Tugasan utama ke Kuala Penyu sempena festival kesenian Islam sabtu lalu ialah untuk menjaga dan monitor kaunter JHEAINS yang menyertai pameran yang diadakan serentak dengan festival berkenaan. Meriah juga dengan kehadiran ramai tetamu ke kaunter-kaunter pameran.
Tambahan lagi ada pasukan lain terdiri daripada rakan-rakan agensi kerajaan yang sudah dikenali sebelum ini.
Posted by: Abu Nuha on: 28 April 2009
Seorang lagi sahabat yang boleh dikatakan akrab sehingga sekarang ialah tuan imam seorang ini.
Ust Abd Amir, 31 tahun, orang BDC Sandakan, kini bertugas sebagai imam qaryah di Masjid Kg Kebatu Kebidang Beaufort. Cintanya di Beaufort bermula sejak bertugas sebuah sekolah milik YB Datuk Hj Lajim Hj Ukin.
Terdahulu, Amir adalah senior sebilik ketika di SMAI TPHR. [...]
Posted by: Abu Nuha on: 28 April 2009
Khusus rakan-rakan alumni al-azhari Sabah dan mereka yang mengenalinya.
Insya Allah, Ust Bakhtiar Hud yang kita kasihi dan hormati akan mengadakan majlis pernikahan dengan pasangannya iaitu saudari Aisyah Hj Hamzah, 29 tahun, pada 13 Jamadil Awwal bersamaan 8 Mei 2009 (Jumaat). Tempatnya ialah di dewan Masjid Pg Galpam Batu 7 Sandakan.
Menurut maklumat daripada Ust Bakhtiar [...]
Posted by: Abu Nuha on: 28 April 2009
Sabtu lepas, berlangsung festival kesenian Islam peringkat pedalaman bawah bertempat di Dewan Shah Bandar Makang, Kuala Penyu.
Festival berkenaan melibatkan pertandingan barzanji dan marhaban, nasyid moden dan tradisi serta kompang.
Lima daerah dalam bahagian pedalaman bawah menyertai festival berkenaan iaitu daerah Beaufort, Sipitang, Membakut, Menumbok serta Kuala Penyu selaku tuan rumah.
Pemenang-pemenang setiap kategori akan mewakili festival [...]
Posted by: Abu Nuha on: 27 April 2009
Pagi Jumaat, saya menggantikan seorang ustaz memberikan ceramah agama kepada 38 orang pelatih jabatan penjara.
Mereka ini dalam proses latihan selama 3 bulan di Jabatan Penjara Pusat, Kota Kinabalu. Selepas daripada itu, mereka akan terus bertugas di tempat yang sudah ditetapkan di Sabah dan Sarawak.
Daripada jumlah 38 orang ini, 10 daripada mereka bukan beragama Islam. [...]
Posted by: Abu Nuha on: 26 April 2009
SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah rendah dan atas dalam majlis ko-kurikulum sekolah-sekolah JHEAINS di Dewan Saadah Wisma MUIS khamis lepas.
Terdapat 5 sekolah menengah JHEAINS menyertai pertandingan tahunan itu iaitu SMAI Pantai Manis Papar, SMAI Beaufort, SMAI Tambunan, SMAI Kunak dan SMAI TPHR sendiri selaku tuan rumah pertandingan.
Sementara [...]
Ulasan