ABU NUHA CORNER

USTAZAH NOORDIANAH BERTEMU JODOH

Posted by: Abu Nuha on: 22 Mac 2009

p3200005Siang Jumaat, Ustazah Noordianah Hj Alwi selamat dinikahkan dengan pasangannya Sdr Azhar Hj Norbek di rumah abangnya, Ust Baharuddin Hj Alwi di Taman Kingfisher Ujana.

p3200010Ustazah Noordianah yang saya panggil kakak adalah senior sekolah di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah dahulu. Ketika saya masuk mendaftar sekolah pada Disember 1991, Kak Noordianahlah yang menyambut di pejabat am sekolah. Ketika itu dia dalam tingkatan enam.

p3200008Kak Noordianah yang berasal dari Tawau dikenali sebagai antara perintis dan pelopor awal Kelas Teratak Fitrah yang dikhususkan untuk saudara baru bersama-sama dengan Ust Sarip Adul, Ust Arifin Ali dan lain-lain.

Ketika ia bermula pada awal 2002, kelas berkenaan dikendalikan di Bangunan Kolej Ibu Kota (KIK), Jalan Kebajikan, Sembulan, dan kemudian berpindah ke bangunan SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah.

Saya sendiri terlibat sejak awal atas undangan Kak Noordianah untuk memberi kursus kepada pelajar-pelajar SMAI TPHR yang akan mengajar saudara baru berkenaan.

p3200016Alhamdulillah, walaupun premisnya sudah bertukar beberapa kali, kelas berkenaan kekal pelajar dan pesertanya semakin ramai.

Tidak lama, Kak Noordianah bertugas di Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Kini Kak Noordianah ditempatkan di Jabatan Agama Islam WP Labuan sejak tahun lalu.

Sebenarnya, dengan kepetahan pidatonya, Kak Noordianah sering dipanggil berceramah dan berforum. Beliau juga sudah beberapa kali muncul memenuhi undangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

p3200011Khabarnya minggu hadapan beliau punya jadual untuk rakaman forum berkenaan, kali ini di WP Labuan.

Sementara suaminya, tidak banyak maklumat saya ketahui. Cuma sdr Azhar, 32 tahun berasal dari Kota Belud, tetapi kini bertugas di ibu negara dalam agensi swasta.

Dalam majlis kenduri perkahwinan malam berkenaan, ramai tetamu yang hadir khususnya warga JHEAINS, Pelajar Teratak Fitrah dan sanak saudara kedua pihak.

Abu Nuha Corner sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai, semoga kekal bahagia sehingga ke syurga. Amin. Alhamdulillah, dah bersuami Kak Dianah..

p3200013

p3200018

p3200023

p32000241

Label:

4 Respons kepada "USTAZAH NOORDIANAH BERTEMU JODOH"

Salam ya akhi..sy bagi pihak rakan-rakan yg sepengajian dgn kak diana ketika d UKM 1998-2001 mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau. Kak diana mmg kuat semangat wlu sakit ketika itu beliau berjaya menghabiskan pengajian bersama kami. beliau juga pembimbing kami selaku kakak dan sahabat. Tahniah kak diana.

Salam adik-adiku,

Bagus juga ada blog ni, ada juga maklumat perkahwinan saya yang tak sempat nak sebar pada semua rakan dan adik-adik ex-SMTPHR.

Selamat maju jaya semua untuk Islam. Kak macam biasa banyak kerja untuk Islam nak di buat kat Labuan ni. Ala Kulli hal suami amat mengerti orangnya.. walau pun dia duk KL kak duk Labuan hati kami tetap erat atas anugerah Allah. Alhamdulillah terima kasih Allah. Menyempurnakan Islam dan kehidupanku..

salam. allahu akbar.. kak diana, tahniah atas khabar gembira ini.. tak tahu samada kak dapat baca atau tidak.. lambat pula saya tahu berita gembira ni. ingat saya lagi? [solehah-sama batch dgn kak diana di UKM (1998-2001) ] kalau kak diana ada baca alhamdulillah.. lama saya cari kakak, sejak 2006 saya di kk..rupa2nya kakak di labuan sana…apapun tahniah ye kak….

Wsalam. Alhamdulillah.

Waduh si solehah ku ini kawan kuliah ku ba.

Dimana di kk, apa no hpnya.. ni no kak 0198950295

Adakalanya saya ke kk, insyaallah kita jumpa nanti.

Tinggalkan jawapan

Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 115,693 hits

RSS Roslan SMS

Maktabah