ABU NUHA CORNER

DITEMURAMAH SISWA & SISWI UMS

Posted by: Abu Nuha on: 22 Mac 2009

Petang Jumaat, saya ke UMS untuk bertemu dengan sekumpulan siswa/siswi yang sedang menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan ajaran sesat di Sabah. Tugasan berkenaan diberikan oleh pensyarah yang tidak asing lagi, Ust Sarip Adul.

Tugasan yang diberikan berkaitan dengan Tamadun Islam / Asia yang menjadi kursus wajib universiti. Mulanya, mereka yang akan datang ke pejabat, tetapi oleh kerana saya bercuti dan berkhutbah di Inanam Laut, langsung saja ke UMS selepas itu.

p3200119Sebenarnya, saya baru genap setahun berada di unit penyelidikan. Kerja-kerja tertangguh terlalu banyak berbanding yang sudah siap. Hanya yang selesai ialah membuat penyelidikan dan semakan berkenaan beberapa buku, poster dan seumpamanya yang sudah dirampas.

Melakukan penyelidikan tentang ajaran sesat memang bukan perkara mudah. Ajaran sesat bukannya benda yang terletak di tengah jalan. Ia tersembunyi, banyak selekoh dan onarnya.

Ada ajaran sesat yang sudah disahkan kesesatannya seperti Ahmad Qadiani yang berlaku di banyak tempat. Di Sabah, ajaran ini terdapat di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Sandakan.

Ada ajaran sesat dengan kaedah perubatan. Jampi serapah yang mengandungi kesyirikan, penggunaan jin, penipuan duit beribu-ribu, merawat pesakit perempuan berdua-duan tanpa mahram dan waris pesakit dan sebagainya.

Sebenarnya, tambah menyulitkan keadaan di negara kita ialah apabila Islam tidak diletakkan di tempat yang sebenarnya. Dalam keadaan banyaknya ajaran yang songsang, sesat dan salah, kepimpinan negara sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

Apa yang berlaku, hari ini merasmikan tilawah, rasmikan maulid nabi, rasmikan maal hijrah, minta umat Islam kembali kepada Islam dan ajaran al-Quran, tapi esoknya puak-puak ni menari dengan isteri orang, berkaraoke dengan anak dara orang dan sebagainya.

Lebih kurang saja dengan ajaran yang songsang tu.

Terima kasih kepada Sofiya Hani, Faezah Othman dan Salwi Yahya yang sudi mendengar celoteh dan bertukar-tukar fikiran dengan Abu Nuha Corner. Ada masa kita bertemu lagi.

4 Respons kepada "DITEMURAMAH SISWA & SISWI UMS"

salam ustaz~~
terima kasih kembali kerana sudi bersusah payah dtg bjumpa kami wlaupun ustaz kepenatan kerana baru habis program pagi jumaat tu.
penerangan y ust berikan tu, bukan sahaja bguna utk tugasan kami, mlahan sangat bguna juga utk kehidupan kami.

insyaAL1ah~~
sy percaya, pertemuan kita xkan berakhir pada jumaat lepas. kami sentiasa akan alert dgn program2 ust.

Syukran akhi kerana melayan anak-anak buah saya dgn sempurna. Mudahan ada ilmu tambahan untuk mereka buat pedoman hidup seterusnya.

Jazakallah Khairan Kathira

asalam ustaz.rasenye macam da terlambat nak ucapkan terima kasih. tp nak ucap gak, alhamdullilah kami score A untuk subjek yang kami temuramah ustaz tu..

mulanya nak sms je, tp no ustaz plak dah hilang.so, ni sye cari2 la blog ustaz semule..

walau ape pun..syukran ustaz :)

Salam

“Ada ajaran sesat yang sudah disahkan kesesatannya seperti Ahmad Qadiani yang berlaku di banyak tempat. Di Sabah, ajaran ini terdapat di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Sandakan”.

apa dasar kenyataan kesesatan Ahmadiyah. jangan hanya mendengar ulasan sebelah pihak sahaja.

sila lawati

http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/10/respon-to-kuliah-hadi-awang.html

semoga berhasil dalam kajian anda.

Tinggalkan jawapan

Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

Statistik

  • 118,676 hits

Ulasan

RSS Roslan SMS

Maktabah