ABU NUHA CORNER

Archive for Mac 2009

DOA BUAT SONIA & PUAN RINDAU

Posted by: Abu Nuha on: 31 Mac 2009

1. Sonia binti Seni
Anak gadis berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM di MRSM Kota Kinabalu hujung tahun ini kini terlantar di ICU Hospital Queen Elizabeth.
Dua minggu lalu, saya sempat berziarah bersama sahabat-sahabat ditemani oleh kedua orang tuanya, Seni Sibun dan Ku Chin. Seni merupakan pemandu utama kepada TYT Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah [...]

YANG BERHORMAT RIBBANG!

Posted by: Abu Nuha on: 31 Mac 2009

Muqaddimah kepada kisah ini ada pada Ust Azam . Seorang muallaf memohon bantuan kerana hendak berkahwin tetapi tidak punya kecukupan duit.
Terkenang beliau seorang saudara baru yang belum setahun memeluk Islam, saya menyertai beberapa sahabat berkunjung ke rumah pihak perempuan.
Ketua rombongan kami ialah Sdr Ribbang Ampong, Pengerusi Surau Taman Limauan yang juga Timbalan Pengerusi PIBG SK Pekan [...]

EDDIE & HALIJAH

Posted by: Abu Nuha on: 31 Mac 2009

Sekitar 12.30 tengahari ahad, kami sekeluarga tiba di rumah pengantin perempuan di Kg. Baitam Baru, Membakut menghadiri perkahwinan anak kepada Ketua Kerani di pejabat kami Bahagian Penyelidikan & Informasi.
Anak lelaki kepada Tuan Hj Hassan Wahap - Mohd Eddie selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Halijah Kassim.
Abu Nuha Corner mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua suami isteri.
 

AKHLAK MULIA MENCAIRKAN HATI NAZARUL

Posted by: Abu Nuha on: 30 Mac 2009

Minggu lepas, kelas pengajian untuk saudara kita – Teratak Fitrah mengadakan peperiksaan semester kedua. Saya terlibat sebagai pembuat soalan bagi subjek tauhid untuk ketiga-tiga tahap 1, 2 dan 3.
Dalam kesemua tahap, arahan terakhir dalam kertas peperiksaan mereka ialah meminta mereka menceritakan detik-detik, punca dan kisah mereka memeluk Islam.
Ramai yang menceritakan dengan baik dalam jawapan [...]

NUSAIBAH MENANTI DI SYURGA

Posted by: Abu Nuha on: 29 Mac 2009

Sahabat saya di Rusila, Ust Md Hanafiah Sulung yang mengajar di Maahad Darul Quran, Masjid Rusila menerima satu ujian Allah SWT apabila anak perempuannya Nusaibah, 6 tahun kembali ke rahmatullah 11.30 malam tadi ketika sedang tidur.
Nusaibah, anak ke-2 Ust Md Hanafiah dilahirkan di Mansoura, Mesir – 100 km dari Kota Kaherah, dan disahkan menghidapi kerosakan paru-paru di sebelah [...]

HEBAHAN SEGERA : JUALAN DURIAN LUANTI

Posted by: Abu Nuha on: 29 Mac 2009

Negeri Perak terkenal dengan durian dan tempoyak. Di sana juga ketika ini panas dengan pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.
Sempena itu, sebagai suatu simbolik dan solidariti usaha dari jauh membantu PRK Bukit Gantang, satu jualan durian dari dusun Kg Luanti Ranau akan diadakan PETANG INI mulai jam 3 hingga 4.30 petang di Surau Taman Austral.
Bayaran durian akan [...]

CERAMAH DI WISMA LHDN

Posted by: Abu Nuha on: 29 Mac 2009

Sebagaimana dijanjikan, saya berada di bangunan berkenaan jam 8.25 pagi untuk menyampaikan ceramah tentang Maulidur Rasul SAW.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah satu agensi kerajaan yang sejak beberapa tahun lepas begitu aktif mengadakan program seumpama ini.
Di telinga saya, Badan Kebajikan Islam mereka begitu harum dengan pelbagai aktiviti untuk meransang ruh Islami ke dalam [...]


Kalendar

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

MESYUARAT LAJNAH TASHIH AL-QURAN, KDN

Tarikh : 4-7 Okt 2009.
Tempat : Melaka

NADWAH PEWARIS NABI

Tarikh : 7 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat : Bangunan USIA, Sembulan
Masa : 8 Pagi -12 tengahari.
Tetamu undangan : Tun Sakaran Dandai, YDP USIA; Dato' Sheikh Abd Halim Abd Kadir, YDP Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Anjuran : PUM Urusetia Sabah & JHEAINS

SEMINAR RASM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH

Tarikh : 10 Okt 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS KK
Masa : 7 Pagi - 5 Petang.
Peserta : 700 orang
Anjuran : Kerajaan Negeri Sabah & KDN, Putrajaya

Statistik

  • 105,898 hits

Ulasan

RSS Roslan SMS

Maktabah