Pagi sabtu lalu, saya sekeluarga balik kampung di WP Labuan.

p2070781Kami balik ke Labuan menaiki bas ekspres pada jam 7 pagi. Tambangnya hanya RM15.50 seorang jika dari Terminal Wawasan di Kota Kinabalu.

Tetapi oleh kerana kami hanya menanti di Lok Kawi, tambang dikenakan RM14.00 seorang dewasa, manakala kanak-kanak RM10.00 seorang.

Sebelum menaiki bas ini, bermacam tanggapan negatif bermain di kepala. Bagaimana perkhidmatannya, perjalanannya, tambang dan sebagainya.

Saya menjangka pada mulanya tambang sekitar RM25 – RM30 seorang. Di sepanjang perjalanan yang sederhana laju itu, semua penumpang diberikan sebotol air mineral untuk menghilang dahaga. Muatan penuh bas ini ialah seramai 43 penumpang.

p2070779Jika saudara berhajat menaiki bas ini, hubungi nombor telefon bimbit yang tertera pada gambar ini.

Jika saudara tinggal di sepanjang Putatan hingga ke Beaufort, tidak perlu beli tiket awal, dan tidak perlu datang ke Terminal Wawasan. Cukup hanya telefon dan buat tempahan awal.

Tetapi jika saudara tinggal di sebelah Likas ke atas, kenalah datang ke Terminal Wawasan sebelum bas bertolak. Untuk jadual pagi, bas bertolak sekitar 6.30 pagi.

Bahkan jika meneruskan perjalanan ke Labuan menaiki feri besar, pihak bas boleh mengaturkan urusan tiket feri tanpa kita berbaris di kaunter terminal di Menumbok.

Selamat berangkat!

p2070777

About these ads