Letih rasa badan apabila sepanjang hari ini sejak pagi hingga jam 5 petang tadi saya terlibat sebagai penemuduga terbuka bagi pengambilan 3 jawatan, 3 guru sekolah agama rakyat di  Pusat Pendidikan Islam (PPI) an-Nur, 4 guru PASTI dan seorang kerani PASTI.

p1110021Sasaran sesi temuduga di Bangunan Tabung Haji itu kami jangkakan selesai menjelang zuhur, tetapi hanya berakhir pada jam 5 petang setelah kami menemui hampir 100 orang calon.

Bermacam ragam kami perolehi, pelbagai pengajaran kami dapati, ada yang lucu, ada yang menimbulkan rasa kasihan. Tidak kurang juga perasaan kesal dan hampa.

Sesi temuduga hari ini membuktikan masih ramai rakyat negeri dan negara ini terbabit dengan pengangguran.

Yang hadir ada yang berkelulusan sarjana muda, diploma, STPM, STAM dan setidaknya SPM. Terpamer kesungguhan mereka hadir walaupun menunggu sejak awal pagi dan hanya dipanggil menjelang petang, serta dalam kebarangkalian lulus dan diterima bekerja terlalu kecil.

p1110016Sedikit simpati saya hadir terutama melihat calon yang datang dari Semporna, Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Tenom, Pitas, Tambunan, Sipitang dan lain-lain lokasi.

Bahkan ada seorang OKU yang turut hadir sama.

Sedikit simpati saja kerana saya perlu memberi markah berdasarkan kemampuan mereka menurut kategori yang diberikan kepada saya iaitu bacaan al-Quran.

Bermacam aksi dan dialog lucu yang membuatkan kami ketawa mendengar jawapan dan hujjah mereka.

Seorang calon yang pernah menjadi guru PASTI tetapi memohon menjadi guru agama PPI apabila ditanya kenapa tidak memohon saja guru PASTI kerana pengalaman yang sudah ada?

p1110031Jawabnya, dia tidak mahu kerana dia terdengar kalau memohon guru PASTI nanti dihantar ke Sarawak! Siapa pula buat cerita.

Seorang lagi calon yang datang dari sebelah Tawau yang tidak biasa dengan KK ini, apabila ditanya, kalau bertugas di KK nanti, tinggal di mana? Seraya dia menjawab : Nanti saya tinggal di Sepilok!

Hisyh, Sepilok tu di Sandakan tempat orang utan. Rupanya yang dimaksudkannya ialah di Telipok, kawasan sempadan KK-Tuaran.

Sedikit menggembirakan apabila terdapat beberapa calon yang menepati ciri-ciri yang kami kehendaki, boleh membaca al-Quran dengan baik, menulis dan membaca tulisan jawi dengan lancar, mempunyai keperibadian dan akhlak yang meyakinkan, mempunyai kelulusan yang diperlukan serta nampak menjawab dengan jujur dan tulus.

Ada seorang calon, apabila ditanya kenapa hendak jadi guru? Bermacam jawapan direka-rekanya untuk memenangi hati panel dengan mengatakan dia memang suka mengajar dan minat dengan kanak-kanak. Tetapi apabila ‘diperangkap’ dengan elaun sekadar RM300-400, dia mula berdalih. “Tengok dululah..”

Tetapi sebenarnya lebih menghampakan kami – walaupun kadang-kadang nampak lucu – apabila melihat beberapa calon untuk guru agama dan guru PASTI, mereka diuji dengan disuruh menulis perkataan tertentu dengan tulisan jawi.

Inilah hasilnya. Anak bangsaku gagal dalam tulisan jawi. Lihatlah antara yang ditulis berbanding apa yang sebenarnya kami suruh.

p1110020Malaysia

p1110012Muhajirin, Islam

p1110013Musyrikin

p1110023Islam Hadhari

p1110024Madinah

p1110025Keadilan

p1110040Selamat Hari

p1110042Toh Puan Hajjah Rahmah

Ini paling ‘dahsyat’ sekali, calon guru PASTI ini datang dari Kinarut, jadi saya memberi pilihan dia menulis dalam jawi perkataan Kinarut atau Kinabalu atau Kinabatangan. Tetapi dia hanya mampu menulis ini…

p1110039Hanya huruf ini saja.. 

About these ads