Posted by: Abu Nuha on: 4 Januari 2009
Dari Kg Labuan Sama, kami ke Kg Suangpai yang letak bersebelahan.
Jalannya masih belum beraspal, tetapi punya sekolah dan sebuah surau tidak jauh dari situ.
Kami tumpang menunaikan solat asar dan mencari maklumat yang boleh dikongsi bersama.
Suraunya sederhana saja, boleh memuatkan sekitar 50 jamaah. Daripada segi kebersihan juga sederhana, agak kemas dan lantai tidak berhabuk.
Menunjukkan ia sememangnya diimarahkan. Cuma di perkarangan surau rumput memanjang tidak terjaga.
Di sebelah surau itu terdapat 2 buah rumah.
Sebuah rumah tanpa penghuni dan sebuah daripadanya dihuni orang, dan orang itulah khabarnya tolong menjengukkan daripada segi kebersihannya selain seorang amah daripada sebuah rumah lain yang juga tidak jauh dari surau.
Di surau ini terdapat kelas yang dinamakan Kelas Bimbingan Wawasan Murni yang menggabungkan tiga kampung – Suangpai, Labuan Sama dan Tombirog.
Ia diadakan setiap Jumaat mulai jam 10 pagi dan selesai selepas solat Jumaat.
Saya pernah mendengar dahulu ramai orang Islam di sini dan kemudian murtad, dan kini usaha-usaha dakwah dilakukan semula oleh pihak JHEAINS Kudat bersama-sama pihak lain.
Khabarnya terdapat sekitar 30 orang (atau 30 keluarga) yang beragama Islam. Wallahu a’lam.
Sahabat lama saya, Ust Hj Vikri Agus Kurniawan yang bertugas sebagai penggerak dakwah di JHEAINS Kudat juga dikatakan bekerja keras membantu bagi menghidupkan semula surau yang telah lama sunyi itu.
Kelas Bimbingan Wawasan Murni itulah salahsatu hasilnya.
kenapa perlu dipersoalkan?
bukan salah ibu mengandung
1 | ozodzz
21 Oktober 2009 pada 11:30 am
kabar dari siapa mengatakan dulu ramai orang islam tetapi murtad.Sebelum tulis selidik sejarah kg. agar tidak tersilap.dulu program pengislaman telah di jalankan.siapa yang tak masuk islam akan di seksa.sehinggakan ramai pemimpin agama kristian yang terpaksa masuk kerana ugutan,suapan dengan kerbau,selendang dan duit.ya memang di suangpai ada beberapa orang islam tapi malangnya kehidupan sehari-hari tidak mengamalkan islam.minum arak dan sebagainya.so,internet adalah tempat cepat penyebaran maklumat,sebelum sebarkan maklumat pastikan fakta adalah betul barulah di katakan 1 malaysia.
Ruji da' Raja Laut Suangpai
6 November 2009 pada 9:53 am
Jangan cakap orang minum arak ba………