Posted by: Abu Nuha on: 31 Januari 2009
Sebentar tadi saya berpeluang menonton kembali di Astro Awani rakaman babak penting forum antara PM Turki Taib Erdogan dan PM Israel Simon Parez dalam Forum Ekonomi Dunia atau dipanggil Sidang Davos.
Babak itu memperlihatkan PM Taib Erdogan dengan lantang ‘membelasah’ PM Simon yang hanya duduk saling bersebelahan dengan membela umat Islam dan rakyat di Palestin, dan mendakwa PM Simon [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Januari 2009
Kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan tahniah kepada keluarga Shaikhul Maqari’ Hj Othman Hamzah (ahli Lajnah Tashih al-Quran KDN) dan isteri Hjh Khainarida Manan yang mengadakan majlis perkahwinan buat dua puteri mereka sekaligus.
Terima kasih atas kad jemputan yang diterima minggu lepas dan mohon maaf tidak dapat hadir.
ASMA BINTI OTHMAN & MOHD TAUFIK BIN PANGILUN AL-MUQRI
AISYAH [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Januari 2009
Rehat dan keluar sebentar daripada cerita Jakarta.
Tengahari tadi, saya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dalam Parlimen Putatan. Lebih baik saya tidak nyatakan. Ada beberapa perkara yang menjadi perhatian kali ini.
1. Teks dan khatib
Isu kali ini berkenaan kegawatan ekonomi antarabangsa yang turut dialami oleh negara kita. Ia asalnya teks JAKIM dan diambil oleh JHEAINS untuk [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Januari 2009
Usaha selama setengah hari mencari penginapan di Bandung nampaknya gagal. Ada salah faham komunikasi dengan pengusaha pelancong sehingga mereka tidak menempah awal hotel di Bandung buat kami.
Selepas tengahari baru dapat sebuah hotel yang kosong untuk 3 bilik – kerana kami ada 7 orang (2 pasang suami isteri dan 3 bujang) – tetapi sudah terlambat kerana [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Januari 2009
Satu perkara yang perlu kita ketahui tentang sikap orang Indonesia secara umumnya, ialah mereka adalah manusia yang rajin bekerja, cepat menghidu ruang dan peluang untuk mencari sara hidup.
Itulah yang kami perhatikan sepanjang berada di Jakarta dan Bandung dalam tempoh yang singkat.
Lihat saja ramainya ‘unit amal’ di setiap tepi jalan. Memerhati dan mengawasi kenderaan yang keluar masuk [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 Januari 2009
Bersebelahan dengan Pasar Ciater, terdapat pula satu taman rekreasi yang menempatkan kawasan air panas. Sebenarnya ia bukan sahaja kolam air panas, tetapi juga sungai air panas dan air terjun panas.
Ia dibahagi kepada beberapa nama. Contohnya, kolam rendam air panas Wangsa Dipa, mata air panas Alam, kolam air panas Pulo Sari dan sebagainya.
Ketika kami berkunjung, [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 Januari 2009
Dari Taman Wisata, kami beredar ke sebuah pasar. Jaraknya 30 minit perjalanan kenderaan.
Selain yang berjualan di gerai-gerai, terdapat juga di kalangan mereka yang menjual barangan secara bergerak, menemui dan memujuk pelanggan.
Menjual tali pinggang dan dompet kulit
Tasbih dijual dengan harga 20 ribu rupiah
Memujuk pelanggan dengan jualan beg kanak-kanak
Khidmat persiaran dengan menunggang kuda
Mengangkut tikar jualan ke [...]
Ulasan