Posted by: Abu Nuha on: 31 Disember 2008
Khabar sudah bertiup kencang semenjak dua menjak ini, satu himpunan aman membantah kekejaman rejim Zionis Israel akan diadakan selepas solat Jumaat, 2 Januari bertempat di perkarangan Masjid Bandar Kota Kinabalu dekat Padang Merdeka.
Orang ramai terutama umat Islam dialu-alukan hadir menunjukkan sikap dan bantahan terhadap tindakan terbaru Yahudi laknatullah ini.
Ada sahabat bertanya adakah saya akan turut [...]
Posted by: Abu Nuha on: 31 Disember 2008
KHUTBAH JUMAAT 5 Muharram 1430 / 02 Januari 2009
الحَمْدُ للهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَو كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَـرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَـدُ أَنَّ مُـحَمَّدًا عَـبْدُهُ وَرَسُولُـهُ، وَصَفِيُّهُ مِنْ خَلْقِهِ وَخَلِيلُهُ. بَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّى الأَمَانَةَ، وَنَصَحَ [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Disember 2008
Pagi ini di pejabat kami, sibuk mengemaskini dan menyediakan kalendar taqwim solat bagi tahun 1430H yang disambut semalam. Selain telah mula diedarkan pagi semalam ketika sambutan Maal Hijrah berlangsung, pagi ini juga orang ramai datang mendapatkan taqwim.
Kebanyakannya mewakili individu, tetapi ada juga yang datang atas nama masjid, surau, persatuan dan pejabat masing-masing.
Hari ini saya [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Disember 2008
Anugerah disampaikan oleh YB DSP Hj Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri.
TYT Tun Ahmadshah tidak hadir berikutan terpaksa bertolak ke Negeri Sembilan jam 7 pagi semalam bagi menziarahi jenazah Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertuan Besar N. Sembilan yang mangkat.
Dewan Saadah Wisma MUIS sesak dengan kehadiran umat Islam kira-kira 3-4 ribu orang.
Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah – Dr Yusof [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 Disember 2008
Seronok rasanya apabila berprogram dan berceramah di tempat yang biasa dikunjungi, tiba-tiba dihadiri oleh mereka yang jarang hadir.
Saya punya kuliah tafsir selepas solat maghrib setiap ahad di Surau an-Nur Taman Limauan sejak 2 tahun lalu.
Dalam tempoh itu, dengan serba kekurangan dan kelemahan, dapatlah dihurai serba sedikit beberapa surah antaranya al-Fatihah, surah-surah lazim, Yasin, al-Hujurat, Sajadah, [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 Disember 2008
Saya malam ini menonton berita tv Malaysia secara bergilir-gilir.
Sejak kemangkatan Tuanku Jaafar 2 hari lepas, pembaca-pembaca berita wanita tidak lekang daripada memakai tudung di kepala mereka.
Malam ini, selesai saja almarhum tuanku disemadikan, sudah ada perubahan.
Di TV1, tudung pembaca berita sudah terpelanting entah ke mana. TV2 pembaca beritanya tidak beragama Islam.
Di TV3, pembaca beritanya masih memakai [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 Disember 2008
Beliau bukanlah sesiapa dalam masyarakat. Cuma seorang manusia biasa yang diuji oleh Allah SWT.
Rowena Chin, 37 tahun adalah seorang muallafah berbangsa Sino Kadazan. Dia berkahwin dengan Jumaat Hj Osman yang berasal dari WP Labuan pada 1996. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan 2 cahayamata, Mohd Afig (12 tahun) dan Nur Afieqa (10 tahun).
Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka [...]
Ulasan