ABU NUHA CORNER

Archive for November 2008

LEMAH SEKETIKA

Posted by: Abu Nuha on: 29 November 2008

Ia seperti kaitan dengan pasang surut, putaran roda di atas dan di bawah.
Sejak telefon bimbit tertinggal di dalam bas KDN 2 minggu lepas, – yang saya yakini ‘belum’ hilang – saya agak lemas seketika.
Walaupun sudah punya handphone baru dan menggunakan nombor lama, ralat rasanya kerana banyak data tersimpan di dalam handphone lama. Selain memuatkan koleksi [...]

KENAPA LENGANG

Posted by: Abu Nuha on: 28 November 2008

Malam jumaat lepas, bersama Che’gu Jamil, kami berkunjung ke dua buah surau.
Maghrib di Surau Kg Lobou dan Isyak di Surau Kg Keliangau. Kedua-duanya adalah kampung yang penduduk muslimnya adalah muallaf. Sudahlah muallaf, minoriti pula.
Tujuan kunjungan ke sana untuk mengatur sedikit program sempena eidul adha yang mendatang.
Kedua-dua surau ini tidak pernah saya kunjungi walaupun [...]

ISU-ISU BERKAIT QURBAN

Posted by: Abu Nuha on: 27 November 2008

1) Hukum
Hukum asal qurban ialah sunnat muakkadah iaitu sunnat yang sangat dituntut. Jumhur ulama mengatakan sunat melakukan ibadah qurban bagi yang mampu dan makruh meninggalkannya.
Walaubagaimanapun, jika ditinggalkan tidak berdosa dan tidak wajib mengqadha’nya sekalipun tanpa keuzuran.
Hukum sunnat ini akan menjadi muakkadah ainiyyah iaitu sunnat yang dituntut ke atas individu jika ia tinggal sendirian di [...]

KHUTBAH TIDAK BERKESAN

Posted by: Abu Nuha on: 26 November 2008

Baru-baru ini, JHEAINS mengadakan Bengkel Penulisan Khutbah di Hotel King Dynasty Park selama 2 hari. Ia mengumpulkan hampir 30 orang peserta daripada JHEAINS sendiri dan JAKIM.
Saya bagaimanapun tidak hadir atas faktor-faktor tertentu.
Saya sendiri melihat secara kasarnya ada empat faktor menyebabkan khutbah khususnya Jumaat kelihatan tidak berkesan.
Pertama, masalah teks. Masalah isu yang tidak relevan dengan [...]

MOHON BANTUAN SEGERA!

Posted by: Abu Nuha on: 25 November 2008

Saya menerima amanah untuk menyampaikan maklumat ini kepada para pembaca sekalian.
Bagi pihak Ustaz Ithnin Hashim, (550701-10-6075) seorang guru di SMK Bandaraya juga aktivis Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah, saya memohon ihsan saudara-saudara untuk memberikan sumbangan derma bagi meringankan beban bagi menampung kos perubatan anak beliau yang kini menderita sakit.
Syuhaib [...]

JANGAN LUPA DOA INI

Posted by: Abu Nuha on: 24 November 2008

Ketika mengisi kuliah maghrib di Masjid Nurul Ihsan Kg Lok Kawi Baru 2 malam lalu, menyambung bab berkenaan zikir selepas solat, saya tertarik dengan satu hadith yang mempunyai banyak memberi manfaat kepada diri saya sendiri khususnya.
Buku yang saya pegang untuk kuliah di masjid ini ialah kitab al-Azkar susunan Imam an-Nawawi RH.
Ia memuatkan pelbagai jenis [...]

CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA

Posted by: Abu Nuha on: 23 November 2008

Sepanjang penerbangan ke KL minggu lepas, alhamdulillah saya dapat menghabiskan sebuah buku.
Buku ini saya beli pada Oktober lepas di Galeri Buku Nufair di Jalan Pahang Barat dekat pejabat Harakah dan Hospital Tawakkal.
Jarang sekali kita mendapatkan sebuah buku berkenaan kisah dalam rumahtangga tokoh dan mujaddid hebat ini.
Semua orang mengakui betapa asy-Syahid Hassan al-Banna adalah tokoh [...]


Kalendar

November 2008
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

MESYUARAT LAJNAH TASHIH AL-QURAN, KDN

Tarikh : 4-7 Okt 2009.
Tempat : Melaka

NADWAH PEWARIS NABI

Tarikh : 7 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat : Bangunan USIA, Sembulan
Masa : 8 Pagi -12 tengahari.
Tetamu undangan : Tun Sakaran Dandai, YDP USIA; Dato' Sheikh Abd Halim Abd Kadir, YDP Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Anjuran : PUM Urusetia Sabah & JHEAINS

SEMINAR RASM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH

Tarikh : 10 Okt 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS KK
Masa : 7 Pagi - 5 Petang.
Peserta : 700 orang
Anjuran : Kerajaan Negeri Sabah & KDN, Putrajaya

Statistik

  • 105,898 hits

Ulasan

RSS Roslan SMS

Maktabah