ABU NUHA CORNER

Archive for Oktober 2008

JAMUAN RAYA CONCERN

Posted by: Abu Nuha on: 31 Oktober 2008

Antara yang terawal hadir ialah Tuan Pengarah JAKIM, Ust Abd Aziz Che Yakob dan semua pimpinan tertinggi CONCERN.

Tuan Hj Sainuri, Tuan Hj Khairan, Sdr Abd Manap Mahmud, Ust Bungsu Aziz, Sdr Abd Mohlis, Tuan Zakaria Ahmad, Abu Bakar Ongkosing dan ramai lagi.

PERCUTIAN YANG BERMANFAAT

Posted by: Abu Nuha on: 31 Oktober 2008

Sama ada untuk peribadi saya, atau untuk keluarga kami, percutian ini sangat banyak manfaat.
Manfaat daripada sudut ukhuwwah Islamiyyah, pengisian sepanjang percutian seperti solat berjamaah, kuliah dan sebagainya, mahupun pengajaran-pengajaran yang berlaku secara tersirat di sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Tidak lupa ketika merenung dan melihat keindahan bumi Kundasang,  juga kesegaran dan kedinginannya terutama pada waktu pagi sangat [...]

ALLAH MENYUSUN KETENTUANNYA

Posted by: Abu Nuha on: 30 Oktober 2008

Jam 5 petang, masing-masing berkemas untuk kembali ke tempat penginapan. Semua keluarga dibenarkan untuk acara bebas, sama ada hendak terus pulang atau hendak singgah ke mana-mana.
Isteri saya mengingatkan agar singgah ke Pekan Ranau membeli ubat gamat untuk sapuan anak kecil yang kebetulan habis sebelum berangkat bercuti.
Sampai ke bilik, anak-anak hendak mandi sekali lagi.
Sedang 3 orang [...]

SEJERNIH AIR SUNGAI MOROLI

Posted by: Abu Nuha on: 30 Oktober 2008

Simpang masuk ke sini hanya beberapa minit selepas simpang ke Sabah Tea, dan di sampingnya pula terletaknya Masjid Amal yang menjadi mercu tanda perjuangan Yayasan Amal Malaysia di Sabah.
Di simpang ‘Tagal’ Sg Moroli, setiap dewasa membayar RM5 sebelum dibenarkan masuk.
Tenang dan sejuk mata melihat air sungai yang sangat jernih, sehingga kelihatan ikan-ikan berenang di dalamnya. [...]

DURIAN DI GERAI LUANTI

Posted by: Abu Nuha on: 30 Oktober 2008

Sekitar jam 2 petang, kami semua bertolak pula ke Kg Luanti, sebuah perkampungan betul-betul di tepi jalan utama ke Sandakan.
Perjalanan sejam itu yang dipimpin oleh Ust Mad sebenarnya hendak ke Sungai Moroli untuk memberi ruang kepada anak-anak untuk bermandi-manda dan bergembira bersama ahli keluarga.
Sebelum masuk ke kawasan penempatan sungai, bersama Ust Mad, Ust Zul, [...]

TIBA DI ZEN RESORT GARDEN

Posted by: Abu Nuha on: 30 Oktober 2008

Beberapa minit berada di bilik penginapan masing-masing, kesemua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai kesemuanya, menikmati juadah tengahari.
Sebagaimana yang telah dipesan beberapa hari sebelum berangkat, setiap keluarga dikehendaki membawa juadah tengahari masing-masing dan dikumpul untuk dinikmati bersama setiba di Zen Resort ini.
Seronok melihat semua ahli keluarga duduk santai bersama-sama, membentang tikar dan suratkhabar, duduk bersila, sambil melihat [...]

CUTI-CUTI MALAYSIA DI KUNDASANG

Posted by: Abu Nuha on: 30 Oktober 2008

Ahad lepas, saya sekeluarga menyertai rombongan 18 keluarga dengan jumlah 15 kenderaan sebahagian besarnya berkonvoi ke Kundasang menghabiskan masa sehari semalam di Kundasang dan Ranau.
Program ini adalah anjuran JK Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Ust Mohammad Shuaid yang menjadi penggerak utama bersama SU Hj Omar Tompang.
Perjalanan bermula hampir jam 10 [...]


Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 114,639 hits

RSS Roslan SMS

Maktabah