Posted by: Abu Nuha on: 14 September 2008
Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral, Kepayan Ridge
Ini kali kedua saya ke sini untuk bertarawih. Menurut jadual, saya diamanahkan JK untuk menjadi imam malam ini.
Tetapi kali ini saya datang menyertai majlis iftar jama’ie – berbuka puasa beramai-ramai – walaupun sedikit terlambat.
Sebenarnya anak sulung saya yang beriya-iya hendak sungkai di surau ini.
Setiap petang hari persekolahan, [...]
Posted by: Abu Nuha on: 14 September 2008
(Klik pada gambar untuk imej lebih besar)
Pilunya hati melihat kesengsaraan hidup saudara seaqidah. Tambahan lagi lokasinya bukan jauh mana, tidak jauh di depan mata.
Hanya kehidupan mereka terperosok di celah pohonan pokok, dan mereka tidak bersedia mendedahkan keadaan itu ke mata umum, dan enggan meminta kepada sesiapa, kerana tulang empat kerat masih mampu bekerja mencari sesuap [...]
Posted by: Abu Nuha on: 14 September 2008
Surau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS.
Petang Jumaat saya tidak pulang lagi ke rumah.
Menjelang maghrib, saya ke Pejabat Suruhanjaya Perkhdimatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk majlis berbuka puasa sehinggalah solat tarawih, yang sudah mereka rancang sejak awal tahun.
Majlis ini dihadiri hampir semua wargakerja SPANS yang beragama Islam diketuai oleh Ybhg [...]
Posted by: Abu Nuha on: 14 September 2008
Mengikuti perkembangan pergolakan saudara seaqidah kita Selatan Mindanao yang berhadapan dengan tentera Kerajaan Filipina amat mendebarkan.
Sebulan lepas, sepatutnya kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai di Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, Mahkamah Agung Filipina telah menangguhkan proses pemeteraian tandatangan dan mengeluarkan perintah larangan sementara bagi menghalang perjanjian itu dibuat.
Ia berikutan bantahan ahli politik beragama Kristian di Wilayah Selatan [...]
Posted by: Abu Nuha on: 14 September 2008
Masjid al-Hilal Tg Dumpil, Putatan
Semasa saya bertugas di Istana Negeri dahulu, TYT Tun Ahmadshah pernah bercerita kepada kami tentang satu kisah.
Kisah ini berlaku ketika beliau bertugas di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) selaku Setiausaha MUIS antara 1988-1994.
Beliau bersama rombongan berada di Pantai Geronggon, Kg Tg Dumpil ini untuk melakukan cerapan anak bulan Ramadhan.
Sejurus cerapan [...]
Ulasan