Posted by: Abu Nuha on: 6 September 2008
Sebentar lagi, saya akan berangkat ke KL untuk bercuti selama 2 hari.
Bersama dua orang sahabat, kami bercadang untuk ke Kota Bharu, bertarawih dan merasai puasa di negeri Serambi Mekah itu.
Saya kurang pasti sama ada dapat update blog ini atau tidak sepanjang masa di sana. Jika tidak, insya Allah saya akan kembali mengemaskini selewat-lewatnya hari [...]
Posted by: Abu Nuha on: 6 September 2008
Sesi pagi yang menarik perhatian ialah pembentangan kertas kerja oleh Tuan Hj Sahlan Saruddin, Setiausaha Kehormat Dewan Pemuda Masjid Malaysia.
Kertas kerja beliau bertajuk MEMBANGUN GENERASI MUDA MASJID.
Rata-rata peserta mengulas penyampaian beliau yang bertenaga dan menarik.
Beliau berjaya mengajak audien masuk ke dalam dunia remaja dengan menyertakan contoh-contoh kes isu semasa.
Berdasarkan ceramah tersebut, nyata [...]
Posted by: Abu Nuha on: 6 September 2008
Kira-kira jam 2 tadi, saya singgah sekejap ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, melihat-lihat dan meninjau suasana terminal baru sekaligus turut meraikan keberangkatan pergi 34 orang pelajar Sabah yang bertolak ke Mesir petang ini.
Mereka berangkat ke KLIA pada jam 3.35 petang dan kemudian bertolak ke Kaherah 11.45 malam ini juga. Insya Allah dijangka tiba pada jam [...]
Posted by: Abu Nuha on: 6 September 2008
Semalam, Konvensyen Pendakwah Kali Ke-3 Negeri Sabah selamat dilancarkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan.
Majlis semalam yang bermula sekitar jam 9 itu turut dihadiri oleh Ust Hj Abd Aziz Che Yakob, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah dan Ust Sidik Ag Adi, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) JHEAINS, serta beberapa [...]
Posted by: Abu Nuha on: 6 September 2008
Masjid Kg Sembulan.
Terletak di tengah-tengah Kg Sembulan Lama, masjid ini sememangnya makmur sepanjang waktu. Setiap waktu solat ada yang mengimarahkannya.
Solat maghrib isyak pada luar Ramadhan pun mencerah 60-70 orang, manakala malam jumaat mencecah 100 orang.
Pada musim tarawih sebegini, jumlah jamaah sekitar 200-250 orang termasuk jamaah muslimat.
Selepas solat tarawih malam tadi yang diimamkan [...]
Posted by: Abu Nuha on: 6 September 2008
Balik kerja petang semalam, saya singgah di Giant Putatan. Sudah berminggu saya tidak ke mari.
Terkejut melihat Giant lengang.
Saya bertanya juga kepada beberapa pekerja di sana. Kata mereka seminggu ini, beginilah yang terjadi sejak Hypermarket Servay dibuka 31 Ogos lepas.
Sama ada ini fenomena sementara atau berterusan, kita lihat sajalah.
Saya ada menjangka pelanggan sedikit berkurangan, supaya [...]
Ulasan