Posted by: Abu Nuha on: 5 September 2008
Saya dijemput menyampaikan ceramah Ramadhan : ”Puasa Mendidik Akhlak Mulia kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Kinarut petang semalam.
Agak saya mungkin pelajar yang ada di hadapan saya ini lebih kurang 300 orang.
Sudah lama saya tidak berceramah di hadapan pelajar sekolah. Tidak salah yang terakhir pada awal tahun ini di SK Tansau, Ketiau.
Bagi saya, banyak karenah berceramah di hadapan pelajar zaman sekarang ini.
Dengan gelagat mereka yang tidak mendengar kata, tidak memberi perhatian serta membuat hal di belakang, hal itu sangat menyakitkan hati.
Mungkin saya tidak begitu sesuai berceramah di hadapan pelajar.
Tetapi sebagai pendakwah, saya mesti menyahut cabaran dan tidak berkira.
Saya boleh mengagak apa akan berlaku apabila saya berceramah di sekolah-sekolah.
Kebiasaannya, apa yang dirancang untuk diceramahkan tidak menjadi 100 peratus. Mungkin separuh atau lebih sedikit. Selainnya, terpaksa mengawal suasana pelajar yang terlalu ramai di hadapan.
Berhadapan pelajar sekolah menengah zaman ini, tidak hairan ada guru kita dengar ditimpa stres yang dahsyat kerana tidak mampu menyerap tekanan. Setiap hari berhadapan pelajar yang degil.
Saya menyuruh para pelajar menutup mata mereka pada awal ceramah dan menguji mereka dengan beberapa soalan. Antaranya :
1) Siapa yang tidak puasa hari ini? Hanya beberapa orang yang angkat tangan.
2) Siapa yang tidak solat subuh? Ini ramai yang mengaku, mungkin satu pertiga
3) Siapa yang tidak solat zuhur? Pun ramai
4) Lelaki : Siapa yang selalu ponteng solat jumaat? Ada la beberapa kerat, mungkin sekitar 10 orang.
5) Siapa tidak pandai baca al-Quran? Pun ramai angkat tangan.
Saya meminta para guru yang hadir mengambil perhatian terhadap reaksi pelajar mereka terhadap soalan saya tadi.
Sebagaimana pernah saya tulis, ramai orang berpuasa tetapi tidak solat. Bagaimana Allah terima ibadah yang tiang rumahnya sudah roboh dan runtuh.
Sedihnya ramai remaja umat Islam yang mengaku berpuasa tetapi meninggalkan solat.
Faham ka tidak nii?
Ulasan