YAB Pak Lah dan isteri tiba petang tadi di Kota Kinabalu untuk majlis berbuka puasa di Hotel Magellan Sutera, Sutera Habour.

Kawan-kawan yang menerima kad jemputan merasa seronok dan teruja dapat makan berbuka di hotel. Teman yang selalu menemani saya ke masjid dan surau untuk kuliah dan tarawih pun lesap sekali.

Dengan bangganya dia SMS saya petang tadi menerima jemputan.

Saya tidak menerima undangan itu, dan kalau ada pun sebolehnya saya takkan hadir. Banyak pembaziran dan perkara mungkar apabila berbuka puasa di hotel-hotel. Saya sudah mengalaminya terutama pada Ramadhan tahun lalu.

Malam ini juga YAB Pak Lah dan rombongan kembali ke Kuala Lumpur. Saya cuma mau tayangkan kepada saudara kad jemputan yang kawan-kawan saya terima. Tengok la sendiri.

About these ads