Posted by: Abu Nuha on: 30 September 2008
Masjid Jamek Layang-Layangan, WP Labuan.
Masjid ini letaknya betul-betul strategik.
Ia berada di simpang empat, tidak jauh dari tepi pantai. Berdekatan dengan deretan kedai-kedai, taman perumahan dan rumah-rumah kampung.
Sebenarnya, setiap kali hari raya semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini, saya seringkali menunaikan solat zuhur atau asar di sini, bertepatan apabila sedang berhari raya dan masuk waktu [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 September 2008
Masjid al-Muzakkirullah, Kg Lubok Temiang WP Labuan
Ini adalah masjid di kampung saya.
Ia siap sekitar tahun 1990 kalau tidak salah dan dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Yusuf Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketika itu saya dalam darjah 5 tau 6.
Masjid ini boleh memuatkan 500 jamaah.
Pada awal pembinaannya, bangunan 2 tingkat ini memuatkan [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 September 2008
Bagi membantu keselesaan saudara-saudari yang hendak ke Labuan dari tanah besar Sabah atau sebaliknya, saya catatkan jadual perjalanan tambahan sempena hari raya ini.
Secara asasnya, perjalanan Labuan ke Menumbok ialah pada jam 7.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari, manakala dari Menumbok ke Labuan ialah pada jam 10.30 pagi dan 4.30 petang.
Jadual tambahan adalah seperti berikut selepas [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 September 2008
Sepanjang Ramadhan kali ini, saya ‘berjaya’ tidak ke mana-mana bazar Ramadhan, kecuali ini.
Khabarnya, 28hb itu adalah hari terakhir bazar dibuka di Jalan Dewan, berdekatan dengan bangunan Perbadanan Labuan dan Perpustakaan Labuan.
Saya menyedari kalau pergi ke bazar, sekurang-kurang RM10 sudah terbang.
Kalau setiap hari, habis RM300 selama sebulan.
Itupun kalau sekali bazar, sepuluh ringgit. Biasanya lebih.
Sebenarnya, [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 September 2008
Tahun ini giliran kampung saya.
Di terminal Menumbok, feri baru tiba jam 9.40 pagi.
Penumpang begitu ramai masuk ke tanah besar Sabah. Masing-masing kembali ke kampung halaman untuk bercuti dan berhari raya.
Kami sekeluarga bersama pembantu rumah selamat tiba di rumah sekitar jam 12.30 tengahari, setelah feri Wawasan Perdana mendarat di Pelabuhan Labuan pada jam 12.10 tengahari [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 September 2008
Banyak sangat permintaan untuk mendapatkan lafaz takbir hari raya ini, saya catatkan kembali secara khusus dan untuk edaran semua.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ. لآ إِلهَ إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحْمَدُ
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكَْرَةً وَأَصِيلا
لآ إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْـبٌدُ إلا [...]
Ulasan