Kalau di Sabah, ia dikenali dengan TAMU. Tapi di Labuan ini, ia biasa disebut pasar tani yang dikendalikan oleh FAMA.

Pasar tani diadakan setiap sabtu dan ahad, bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang.

Tapak pasar tani ini terletak di belakang Wisma Oceanic, di tengah-tengah pusat bandar Labuan.

Saya mengambil kesempatan pada pagi sabtu untuk melihat-lihat tamu pasar tani ini sekitar jam 11 pagi bersama keluarga.

Saya lihat, hampir 80 buah gerai yang kebanyakkan peniaganya adalah penduduk tempatan.

Saya sempat bertanya kepada seorang peniaga yang kebetulan orang kampung saya sendiri berkenaan pasar tamu ini.

Katanya, jumlah bayaran sebulan adalah sebanyak RM40.00 sahaja.

RM20.00 adalah sewa tapak, manakala bakinya adalah bayaran khemah secara bulanan yang mereka beli.

Waktu puncak pasar tani ini ialah sekitar jam 8 pagi.

Jualan di tapak pasar tani ini tidak banyak beza dengan tamu yang ada di Sabah, cuma lebih banyak kepada makanan seperti kuih muih, ayam mentah dan sebagainya.

Ada juga jualan-jualan bunga, ikan hidup, buah-buahan dan pakaian.

Berniagalah, kerana Nabi SAW dahulu pun berniaga. Cuma baginda berpesan agar jangan menipu. Orang yang menipu, Nabi tidak mengaku ummatnya.

About these ads