Posted by: Abu Nuha on: 27 Ogos 2008
Sebelum balik bercuti ke Labuan tempohari, saya menerima dua jemputan ceramah tajuk yang sama, majlisnya sama tetapi di tempat yang berlainan.
Kedua-dua ceramah itu bertajuk PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN, dalam majlis kenduri sekampung.
Ceramah pertama diatur oleh bapa saya di masjid kampung kami, dijadualkan pada sabtu lepas.
Saya mengiyakan jemputan itu dan gembira kerana sudah lama tidak berceramah [...]
Posted by: Abu Nuha on: 27 Ogos 2008
Setelah 6 hari berada di Labuan, akhirnya menjelang sabtu, 7 malam kami kembali ke tanah besar Sabah.
Seingat saya, cuti kali ini agak kosong dari sebagaimana biasa percutian-percutian sebelum ini.
Mana tidaknya, kebiasaannya malam-malam saya dipenuhi dengan jemputan kuliah, ceramah dan tazkirah.
Bahkan pernah satu ketika dulu, percutian itu penuh dengan ceramah dari pagi ke malam.
Pernah [...]
Posted by: Abu Nuha on: 27 Ogos 2008
Satu lagi tempat menarik yang kami sekeluarga pergi di Labuan ialah Muzium Marin.
Muzium ini berada di dalam Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, di Jalan Tanjung Purun, tidak jauh dari Ujana Kewangan Labuan.
Saya sebelum ini pernah ke Kompleks Sukan Air ini tetapi tidak pernah masuk ke dalam Muzium Marin.
Tetapi setelah berkunjung ke Muzium Labuan [...]
Posted by: Abu Nuha on: 27 Ogos 2008
Kalau di Sabah, ia dikenali dengan TAMU. Tapi di Labuan ini, ia biasa disebut pasar tani yang dikendalikan oleh FAMA.
Pasar tani diadakan setiap sabtu dan ahad, bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang.
Tapak pasar tani ini terletak di belakang Wisma Oceanic, di tengah-tengah pusat bandar Labuan.
Saya mengambil kesempatan pada pagi sabtu untuk melihat-lihat tamu pasar [...]
Ulasan