ABU NUHA CORNER

SAKSI NIKAH

Posted by: Abu Nuha on: 9 Ogos 2008

Bukan saya menjadi saksi nikah. Tetapi persoalan saksi nikah selalu terabai.

Pihak keluarga pengantin biasanya memberi tumpuan kepada bakal suami dan wali. Bakal suami ‘berabis’ memahami dan menghafal rukun Islam, rukun Iman dan rukun nikah. Mengingat-ingat istighfar, dua kalimah syahadah dan solawat. Bimbang kalau disuruh dan ditanya tuan jurunikah.

Begitu juga persoalan wali. Terutama jika ada kes pengantin perempuan adalah anak sulung. Atau kes wali tidak memberi izin, wali bukan jenis kaki sembahyang. Ada implikasi hukum di belakang hari.

Tetapi persoalan dua saksi kebiasaannya terabai. Dalam rukun nikah dijelaskan, salah satunya ialah dua saksi yang adil. Adil maknanya tidak fasik. Fasik ertinya tidak melakukan dosa besar, atau tidak melakukan dosa kecil secara berterusan.

Contohnya, saksi tidak sembahyang. Ini contoh yang banyak terjadi dalam kes-kes nikah.

Bagaimana hukum pernikahan yang disaksikan oleh dua orang atau salah seorangnya fasik? Tidakkah itu merosakkan pernikahan dan keturunan sepasang suami isteri itu? (Betulkah sudah jadi suami isteri jika saksinya fasik?)

Para ustaz selalu mengajar, untuk mengelak itu berlaku, disuruhlah saksi itu kedua-duanya beristighfar, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa mereka.

Jika dosa mereka terampun, mereka tidak fasik lagi.

Ada yang bertanya, semudah itukah? Jawabnya, kita menghukum berdasarkan yang zahir. Zahirnya dia beristighfar kepada Allah. Adapun hakikatnya, adakah dia beristighfar dengan sesungguhnya, terpulanglah kepada Allah yang menilainya dan menghukumnya.

Itu tak apa. Tapi kebanyakan jurunikah hanya menyuruh pengantin lelaki yang beristighfar sendirian, tanpa melibatkan wali dan saksi. 

Alangkah baiknya, jika semua yang hadir beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Semuanya selamat.

Tinggalkan jawapan

Kalendar

JOM BELI & BACA BUKU

1. Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Dato' Hj Ismail Kamus (RM55). 2. Formula Solat Sempurna oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman (RM25). 3. Remeh Temeh Tentang Puasa Tetapi Anda Malu Bertanya (RM20). 4. Fikah Berinteraksi Dengan Non Muslim (RM20). Stok Terhad. Hubungi saya melalui blog ini. Hanya sekitar Kota Kinabalu.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

ISNIN - Masjid Kg Sipanggil (Hadith) SELASA - Masjid Kg Muhibbah (Hadith) RABU - Surau Taman Austral (Tajwid) JUMAAT - Surau Olivia, Kepayan (Hadith) SABTU - Masjid Lok Kawi Baru (Hadith) AHAD - Surau Taman Limauan, Kinarut (Tafsir)

KELAS MENGAJI AL-QURAN

Tarikh : Setiap Isnin - Khamis. Masa : Selepas Zuhur. Tempat : Bilik Mesyuarat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS. Penjawat awam di sekitar bangunan berkenaan dialu-alukan turut serta. Hubungi Tuan Hj Said Osman - 019-8604324.

CERAMAH PROF MADYA DR MD ARIP KASMO

17.7.09 - 8 pagi - SMK Kolombong. 7 malam - Surau Taman Austral. 18.7.09 - 8 pagi - Syukbah Wanita Masjid Bandaraya. 2 petang - SMK Tansau. 7 malam - Masjid Kg Bangka-Bangka. 19.7.09 - 8 pagi - Sekolah Perubatan UMS.

MAJLIS TAHLIL PERDANA

Tarikh : 24 Julai 2009. Masa : 6-10 malam. Tempat : Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral. Pengisian : Tahlil dan Ceramah Khas. Tetamu Jemputan : Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah, (Dekan Fakulti B. Arab, Universiti INSANIAH Kedah). Sumbangan serta nama arwah diserahkan kepada 012-4299897 (Ust Zul).

MAKAN MALAM BERSAMA JUARA AKADEMI NASYID

Tarikh : 24 Julai 2009. Masa : 8.00 malam. Tempat : Sinar Mustika, Putatan. Tiket bernilai RM50/-. Kutipan diperlukan untuk membeli pam air graviti di 3 kampung di Keningau. Hubungi : 019-8502525

KELAS PENGAJIAN SAUDARA KITA AL-FURQAN

Tarikh : Setiap ahad. Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari. Tempat : Taman Lok Kawi Sabindo, Kinarut. Mereka yang berkenaan dijemput hadir. Hubungi Ust Wan Zaidel - 019-807232

DANA UNTUK PASTI PUTATAN

PASTI Kawasan Putatan memerlukan dana untuk membuka pejabat. Sumbangan ikhlas para dermawan diperlukan. Sila bank in ke akaun BIMB 100 160 100 595 08 atas nama PASTI Kawasan Putatan.

Statistik

  • 61,150 hits

Maktabah

Penulis