Posted by: Abu Nuha on: 3 Ogos 2008
Selasa lepas, selesai menunaikan solat isyak di Surau Taman Austral, ada kenduri kesyukuran sempena ulangtahun perkahwinan ke-11 Timbalan Pengerusi Surau, Ust Mohammad Shuaid.
Bacaan doa selamat dipimpin oleh al-Fadhil Ust Hj Muchlish Ali Kasim.
Ust Mad, berasal dari Sekincan Selangor manakala isterinya Ustazah Athiyyah berasal dari Kuala Kangsar Perak, dan kini mempunyai 4 orang cahayamata, 3 puteri seorang putera.
Ust Mad datang bertugas ke Sabah dalam tempoh yang sama, iaitu 11 tahun yang lalu, ketika itu masih bujang lagi.
Mula-mula Ust Mad ditempatkan di SK Pulau Sepanggar, sehingga digelar Mad Sepanggar, dan 9 bulan kemudian, Ust Mad membawa isteri ke Sabah dan ditempatkan di SK Sembulan, Ust Mad pula dipindahkan ke SRK St Paul, Moyog, kawasan penempatan Kadazan Dusun @ Kristian.
Selepas 5 tahun di sana, Ust Mad ditukarkan ke SK Bahang, Penampang sehingga ke hari ini.
11 tahun belum lama, harap-harap Ust Mad terus berjuang memartabatkan Islam di bumi Sabah.
Gambar 2 : Starring Ust Mad – Khairul Fathi, 8 tahun.
1 | along
28 Ogos 2008 pada 12:47 am
asskm
terima kasih kerana menyiarkan kisah ustaz Mad sepanggar , dah lama tak contac dengan keluarg ustaz Mad dan Atiah.kami sama-sama di Sabah dulu banyak kenangan bersama mereka.