ABU NUHA CORNER

MODAL CERAMAH ISRA’ & MI’RAJ

Posted by: Abu Nuha on: 24 Julai 2008

Ahad lepas saya dijemput mengisi program usrah bulanan di Quarters Bank Negara, Kepayan Ridge.

Berdasarkan bacaan di buku-buku dan mendengar tuan-tuan guru berceramah, banyak sudut boleh disentuh apabila diberikan tajuk Isra’ Mi’raj.

1) Latar belakang sebelum berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj. Di mana Nabi SAW dan umat Islam diuji dengan pelbagai mehnah, disiksa, diboikot, pemergian Abu Tolib dan Khadijah, perjalanan ke Toif dan beberapa kisah lagi. Ini semua melatari peristiwa Isra’ Mi’raj, lalu Allah memberikan berita gembira kepada Rasulullah dengan memujuk dan memperlihatkan beberapa projeknya kepada baginda.

2) Menghuraikan ayat 1 Surah al-Isra’. Jika kena gaya, menghuraikan ayat ini sahaja boleh mengambil masa sejam atau lebih. Setiap patah kalimah ayat tersebut mempunyai huraian tersendiri, hikmah Allah menggunakan perkataan-perkataan berkenaan. 

3) Menghuraikan kelebihan Masjidil Haram yang menjadi tempat bermulanya Isra’.

4) Menghuraikan kelebihan Masjidil Aqsa yang menjadi kekuatan pejuang Islam di Palestin. Boleh dikaitkan dengan suasana semasa, perjuangan HAMAS, Jihad Islami dan sebagainya.

5) Menghuraikan peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Nabi SAW di sepanjang perjalanan Mi’raj.

6) Menghuraikan peranan solat yang diterima oleh Nabi SAW. Seolah-olah semua permasalahan yang disaksikan oleh baginda, diselesaikan dengan solat yang sempurna.

Demikianlah beberapa sudut yang boleh dilihat apabila kita menyampaikan ceramah, tazkirah tentang Isra’ Mi’raj. Kaitannya sangat banyak dari sudut aqidah, feqah, akhlak, sains dan sebagainya.

Firman Allah : “Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada waktu malam, bermula dari Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekitarnya, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

2 Respons kepada "MODAL CERAMAH ISRA’ & MI’RAJ"

salam,

malam tadi ada juga ceramah isra’ mi’raj di masjid Bangka-Bangka. Di antara makna isra’ ialah gambaran kehidupan manusia semasa hidupnya di dunia, manakala mi’raj pula merupakan gambaran dan natijah kehidupan selepas kematian. Manusia pasti melalui kedua-duanya. Perjalanan kita yang panjang dalam dua alam ini telah disingkatkan oleh Allah SWT melalui ‘filemnya’ yang telah dipertontonkan secara langsung kepada junjungan kita Muhammad SAW dalam satu malam!

Berlakunya isra dan mi’raj adalah bersangkut paut dengan iman. pada masa itu, kisah ini adalah menguji keimanan kepada para sahabat dan pengikut – pengikut nabi s.a.w. ‘ibrahnya ketika itu, maka terpancarlah dan terserlahlah siapa sebenarnya imannya yang kuat. oleh itu, umat akhir zaman sewajarnya dan bertambah lagilah iman kita kerana kita telah dihidangkan dan dipaparkan berbagai -bagai kisah yang penuh dengan pengajaran. untuk apa! 1. mantapkan iman, 2. mencontohi perjuangan nabi s.a.w, 3. melihat kehebatan Allah Taala yang maha hebat, 3. jadikan panduan dan dasar untuk dapatkan redha Allah Taala, 4. Syurga ( nikmat yang hakiki ). tiap tahun dengar kisah isra’ dan mi’raj, kita berharap diri kita ada perubahan ke arah kebaikan untuk dimanfaatkan untuk ISLAM.

Tinggalkan jawapan

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
    Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

JOM BELI & BACA BUKU

1. Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Dato' Hj Ismail Kamus (RM55). 2. Formula Solat Sempurna oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman (RM25). 3. Remeh Temeh Tentang Puasa Tetapi Anda Malu Bertanya (RM20). 4. Fikah Berinteraksi Dengan Non Muslim (RM20). Stok Terhad. Hubungi saya melalui blog ini. Hanya sekitar Kota Kinabalu.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

ISNIN - Masjid Kg Sipanggil (Hadith) SELASA - Masjid Kg Muhibbah (Hadith) RABU - Surau Taman Austral (Tajwid) JUMAAT - Surau Olivia, Kepayan (Hadith) SABTU - Masjid Lok Kawi Baru (Hadith) AHAD - Surau Taman Limauan, Kinarut (Tafsir)

KELAS MENGAJI AL-QURAN

Tarikh : Setiap Isnin - Khamis. Masa : Selepas Zuhur. Tempat : Bilik Mesyuarat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS. Penjawat awam di sekitar bangunan berkenaan dialu-alukan turut serta. Hubungi Tuan Hj Said Osman - 019-8604324.

CERAMAH PROF MADYA DR MD ARIP KASMO

17.7.09 - 8 pagi - SMK Kolombong. 7 malam - Surau Taman Austral. 18.7.09 - 8 pagi - Syukbah Wanita Masjid Bandaraya. 2 petang - SMK Tansau. 7 malam - Masjid Kg Bangka-Bangka. 19.7.09 - 8 pagi - Sekolah Perubatan UMS.

MAJLIS TAHLIL PERDANA

Tarikh : 24 Julai 2009. Masa : 6-10 malam. Tempat : Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral. Pengisian : Tahlil dan Ceramah Khas. Tetamu Jemputan : Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah, (Dekan Fakulti B. Arab, Universiti INSANIAH Kedah). Sumbangan serta nama arwah diserahkan kepada 012-4299897 (Ust Zul).

MAKAN MALAM BERSAMA JUARA AKADEMI NASYID

Tarikh : 24 Julai 2009. Masa : 8.00 malam. Tempat : Sinar Mustika, Putatan. Tiket bernilai RM50/-. Kutipan diperlukan untuk membeli pam air graviti di 3 kampung di Keningau. Hubungi : 019-8502525

KELAS PENGAJIAN SAUDARA KITA AL-FURQAN

Tarikh : Setiap ahad. Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari. Tempat : Taman Lok Kawi Sabindo, Kinarut. Mereka yang berkenaan dijemput hadir. Hubungi Ust Wan Zaidel - 019-807232

DANA UNTUK PASTI PUTATAN

PASTI Kawasan Putatan memerlukan dana untuk membuka pejabat. Sumbangan ikhlas para dermawan diperlukan. Sila bank in ke akaun BIMB 100 160 100 595 08 atas nama PASTI Kawasan Putatan.

Statistik

  • 61,150 hits

Maktabah

Penulis