Posted by: Abu Nuha on: 19 Julai 2008
Petang tadi, saya mengajar mengaji al-Quran kepada 2 orang dewasa bertaraf pegawai. Kelas ini sudah kami mulakan sejak lebih 2 tahun lalu. Bermula dari iqra, sekarang sudah berada juz 4 dan 6. Berdikit-dikit, lama-lama khatam insya Allah.
Saya boleh dikatakan minat mengajar, terutama al-Quran dan tajwid. Sehingga apabila saya sudah memberikan satu komitmen kepada seseorang atau sesuatu kumpulan [...]
Posted by: Abu Nuha on: 19 Julai 2008
Kita tentu pernah mendengar kisah Sayyidina Umar bercerita tentang zaman jahiliyyahnya.
Hibanya baginda Umar mengingatkan dia pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup. Lucu pula rasanya apabila patung berhala yang dibawa bermusafir dibuat daripada buah kurma. Apabila bekalan makanan sudah kehabisan, patung yang dibuat tuhan itu pun dimakannya.
Orang arab jahiliyyah membuat patung, kemudian patung itu pun disembahnya. [...]
Posted by: Abu Nuha on: 19 Julai 2008
Sebenarnya dalam kehidupan kita hari ini, tidak sedikit masa yang kita gunakan berada di jalanraya. Sama ada dengan kereta, motorsikal, bas dan sebagainya. Waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Ada beberapa sikap buruk yang saya perhatikan selalu dilakukan oleh pemandu kenderaan. Perbuatan ini menyusahkan dan mendatangkan geram orang lain.
1) Memandu perlahan di lorong kanan. Kalau [...]
Posted by: Abu Nuha on: 19 Julai 2008
Saya bukan pandai mana.. cuma hendak berkongsi apa yang tahu. Tujuannya hendak menyebar kebaikan dan supaya komisyen saya banyak di akhirat nanti.
ISNIN - Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil – Hadith Mukhtasor Ibnu Abi Jamrah
SELASA – Masjid Negeri Sabah – Ulum al-Quran – at-Tibyan fii adabi hamalatil Quran
JUMAAT – Surau Taman Olivia, Kepayan – Hadith Riyadhus Solihin
SABTU – [...]
Ulasan