ABU NUHA CORNER

LIMA PENAWAR HATI

Posted by: Abu Nuha on: 18 Julai 2008

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

7 Respons kepada "LIMA PENAWAR HATI"

macam mane kalau kelima2 cara ini x dapat nk ubati hati..

kenapa cakap mcam tue? Jelas dah Allah berfirman “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”. :)

semoga hati kita menjadi tenang dengan rahmat dari-Nya

kalau kelima-lima cara ini x dapat menubaati hati perbaiki ibadat solat kerana jika ibadat solatnya sempurna maka eloknya kesemuanya.

saya melalui byk pengalaman pahit, suka & duka sejak 2005. Musibah bertimpa2 sehingga beberapa kali keluar dr rumah tinggalkan anak2 akibat perselisihan faham dgn suami. Saya buntu sehinggalah pada suatu hari pada thn 2009 ini saya tergerak hati keluar mencari buku2 agama berkaitan solat2 sunat & cd quran sbg pengubat & pnawar hati.

Seminggu selepas itu saya mulai mengerjakan solat2 sunat & membaca al-quran. Dari sehari ke sehari hati & hidup saya kembali tenang. Perselisihan dpt diselesaikan dgn cara yg terbaik. saya mula merasa rindu yg teramat sgt sekiranya saya terlepas mengerjakan solat2 sunat yg mengiringi solat2 fardhu juga mula meminati rancangan berbentuk ilmiah di astro OASIS. Baru saya sedar, kerana ALLAH sayangkan kitalah maka sentiasa diberi peringatan. Semoga kita terus tabah & sabar meniti hidup yg serba mencabar ini.

alhamdulillah.. akhirnya saya jumpa penawar yang diperlukan.. moga ia dapat menenangkan hati saya pabila mengamalkanya..

sy baru sahaja mendapat berita dari orng yang saya sayang.. ibunya mencarikan jodoh untuknya.. saya terkejut ngan penyataan orang yang sayang itu…hari demi hari saya jadi takut kehilangan dirinya… rasa hidup tidak ada makna lagi…hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui….BANTULAH SAYA……..

Tinggalkan jawapan

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
    Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 113,777 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS

Maktabah