Posted by: Abu Nuha on: 13 Julai 2008
Ketika kuliah maghrib tadi di Surau an-Nur, Taman Limauan, menyambung surah al-Hujurat ayat ke 12. Firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka; sesungguhnya kebanyakan sangkaan itu mendatangkan dosa; dan janganlah kamu mengintai-intai, jangan mengumpat orang lain. Adakah kamu suka di kalangan kamu memakan daging saudaranya? Maka sudah tentu kamu membencinya; bertaqwalah kepada [...]
Posted by: Abu Nuha on: 13 Julai 2008
Kami meneruskan perjalanan ke kampung Damai.
Rumah pertama ialah Sdr Khamal Khairi Ronnie Abdullah, seorang penoreh getah.
Isterinya bernama Hamidah Deris yang berasal dari Kelantan, mempunyai 2 orang anak masing-masing berumur 6 dan 10 tahun.
Ketika kami sampai, hanya Khamal dan 2 anaknya sahaja yang ada.
Isterinya sedang bekerja di kedai jahit di pekan dan kedua orang tuanya [...]
Posted by: Abu Nuha on: 13 Julai 2008
Saya keluar rumah sekitar 6.40 pagi, menggunakan proton persona yang sarat dengan barang yang dibeli untuk diagihkan kepada sasaran.
Mula-mula saya singgah di Taman Pasir Putih Putatan menjemput aktivis Yayasan Amal Malaysia, Ridhuan Othman yang juga seorang peguam syar’ie.
Perjalanan diteruskan menjemput Dr Nawar di Grace Ville yang sudah lama menanti di luar rumah. Kami segera ke [...]
Posted by: Abu Nuha on: 13 Julai 2008
Ia bermula dengan cadangan Cikgu Jamil Dayan, seorang aktivis masyarakat yang sangat prihatin tentang dakwah terutama terhadap golongan saudara kita.
Sebenarnya program kali ini bukan baru pertama kali, kalau tidak silap kali ke-4. Cuma saya adalah orang baru yang menyertai XPDC ni ke Kota Marudu.
XPDC ditetapkan tarikhnya pada 12 Julai, sabtu. Seminggu sebelum itu, [...]
Ulasan