ABU NUHA CORNER

Archive for Julai 2008

HANYA IZIN DAN SALAM

Posted by: Abu Nuha on: 31 Julai 2008

Di antara adab yang sangat asas dan mudah, yang diajar kepada kita sejak kecil apabila bertamu ke rumah orang ialah, memberi salam dan meminta izin kepada penghuni di dalam rumah.
Teringat suatu hari, ketika masih sekolah rendah, agak saya belum berumur 10 tahun, bapa saya singgah di rumah kawannya, seorang pengetua yang tidak beragama Islam, [...]

JANGAN AIBKAN DIA

Posted by: Abu Nuha on: 31 Julai 2008

Minggu lepas, saya menyampaikan kuliah di sebuah masjid. Ketika itu, saya sedang menghuraikan bait-bait bacaan tasyahhud. Terdapat satu perkataan ‘al-mubaarakat’ di dalam tasyahhud yang selalu kita baca. Lalu saya menceritakan tentang persoalan berkat.
Berkat ini maksudnya tambahan. Ulama’ memberi contoh, jika makanan 3 orang cukup untuk 5-6 orang, itu ertinya ada keberkatan. Tetapi jika makanan [...]

APA ITU SYUKUR?

Posted by: Abu Nuha on: 30 Julai 2008

Selalu kita mendengar apabila seseorang berkata : “Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya … bla bla bla…”
Lebih dahsyat lagi apabila sang artis berkata : “Syukur alhamdulillah di atas pemberianNya, memberikan saya kemenangan award ini, mengurniakan saya bakat berlakon watak pelacur bla.. bla.. bla..”
Syukurkah itu?
Syukur ertinya menggunakan sesuatu nikmat, sesuai dengan kehendak pemberi, [...]

SUSAHNYA MENGAKU SALAH

Posted by: Abu Nuha on: 30 Julai 2008

Semalam saya mengikuti dari awal kuliah aqidah bersama Ust Hj Muchlish Ali Kasim di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral. Beliau membawa kitab yang membincangkan Asmaul Husna.
Tetapi ada satu ketika, ust Muchlish melontarkan satu persoalan, yang akhirnya beliau terangkan sendiri.
Katanya, ada satu tabiat di kalangan kita terutama orang Melayu, sikap payah untuk mengaku salah.
Misalnya, jika [...]

QADHA DAN FIDYAH PUASA

Posted by: Abu Nuha on: 29 Julai 2008

Kira-kira sebulan dari sekarang, dengan izin Allah kita akan menyambut bulan Ramadhan. Dalam tempoh persediaan ini, selain sesetengah kita mula memanaskan badan dengan puasa sunat, saya kira masa ini juga kita hendaklah mengingatkan anak isteri kita agar mengqadha puasa Ramadhan lalu yang masih belum diganti.
Saya catatkan berkenaan qadha dan fidyah Ramadhan.
1. Musafir dan orang [...]

Label: ,

KENAPA SEJADAHNYA BESAR

Posted by: Abu Nuha on: 29 Julai 2008

Saudara yang bersolat di masjid yang selalu dihadiri oleh pembesar dan pemimpin negeri dan negara terutama solat jumaat atau sempena hari-hari kebesaran mungkin pernah melihat keadaan ini. Atau setidak-tidaknya melihat di kaca tv atau gambar dipapar di suratkhabar.
Melihat para pemimpin dan pembesar bersolat dengan setiap seorang mereka mempunyai sejadah yang ruangnya lebih besar dari yang diperlukan. Ajaran siapa [...]

STREAMYX BERMASALAH

Posted by: Abu Nuha on: 28 Julai 2008

Pada rabu, talian telefon di rumah digantung kerana bil tertunggak. Pagi khamis, saya membayar sejumlah wang untuk membayar kesemua tunggakan dan menjelang jam 10.30 pagi, talian telefon dan sekaligus internet dapat dilayari seperti biasa.
Malam yang sama, streamyx saya kembali bermasalah. Internet tidak dapat dilayari sehingga ahad, jam 10.45 pagi ia pulih tetapi tidak sampai 15 minit. Laporan [...]


Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
    Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

MESYUARAT LAJNAH TASHIH AL-QURAN, KDN

Tarikh : 4-7 Okt 2009.
Tempat : Melaka

NADWAH PEWARIS NABI

Tarikh : 7 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat : Bangunan USIA, Sembulan
Masa : 8 Pagi -12 tengahari.
Tetamu undangan : Tun Sakaran Dandai, YDP USIA; Dato' Sheikh Abd Halim Abd Kadir, YDP Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Anjuran : PUM Urusetia Sabah & JHEAINS

SEMINAR RASM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH

Tarikh : 10 Okt 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS KK
Masa : 7 Pagi - 5 Petang.
Peserta : 700 orang
Anjuran : Kerajaan Negeri Sabah & KDN, Putrajaya

Statistik

  • 105,898 hits

Ulasan

RSS Roslan SMS

Maktabah